Pages

Wednesday 30 September 2020

REDHA

 Hi guys , 


Aku rasa semua orang Allah dah tentukan bahagian ujian masing-masing. Samaada kita redha dan berjuang atau kita redha tapi mengeluh? 

Ok today bukan nak cerita pasal redha in general tapi just nak share what was going on pass few month , dalam journey untuk membesarkan my one and only sweety pie 💓

Razeeq Aydan,lahir normal.Physically nampak macam tiada apa at first.Alhamdulilah such an easy going baby ,easy to handle during my confinement period cuma kadang kadang tu ada peel dia lah as a newborn kan.A big thanks to my lovely mom sebab banyak tolong.Cant imagine how can I handle my newborn along.

A big WHY in my head start when I bring him to his 1st month check up at KK nearby,as Dr found  abnormal recession during breathing,maksud bila kita inhale & exhale ada lekuk dekat dada tu yang obviously sangat.As a new mom,masa my boy around 1-7 days old perasan benda ni tapi macam ingatkan normal sebab dia punya perut besar sikit so appearently mcam nampak lah ribcage tu lol silly me.So Dr tanya,ini mmg ada ke since lahir so macam alamak not sure lah 😓 At moment memang gelabah teruk, fyi on that day juga dr baru discharge my baby from jaundice < gais almost 1 month juga baby kuning so you gais can imagine lah dia punya struggle ulang alik klinik tu >.So nak taknak kena juga refer to GH nearby which is HOSHAS untuk further check up dengan paediatrician.Masa ni sumpah dah tak chill langsung sebab baby kecik lagi kan so macam wehh apeni dugaan. 

Esoknya terus ke GH untuk 1st TCA .Jumpa pakar,start diagnose,scan ape semua lah procedure.Atlast Dr just bagi another 3 week follow up untuk tengok sama ada recession tu masih ada / makin worst.On that time, Dr check semua lung clear so tak ada lah apa apa yang pelik . 

For short ,after 3 week recession still there guys 😭

2nd TCA,masa ni pon dah tak chill,actually sepanjang tempoh nak sampai ke 2nd TCA, Razeeq sangat sangat OKAY ,tak ada demam / batuk / selsema and berat dia naik okay jer.So macam in denial juga haha anak aku ni sakit ke tak sakit sebenarnya.So same process macam 1st TCA,scan lah apebende semua and xtray .Fuh ,xtray result keluar AND FOUND SOMETHING PUTIH PUTIH left side of lung .OKAY OKAY , im not okay 😰 

And at first, memang Dr nak suruh admit ward terus yer sebab suspect as Bronchopneumonia which is benda yang aku paling takut sangat since pregnant dah study case ni apa semua.Mastu terus recall siapa lah sakit cium anak aku / asap rokok lakik aku ke apa semua terus macam rasa nak marah,sedih semua ada.Disebabkan masa itu memang dah balik ke Serdang,and Triang just only for TCA so request Dr untuk transfer ke HPJ,tbh mmg lega sebab Dr pakar dekat HOSHAS ni sangat sangat membantu untuk transfer case ke HPJ and petang tu terus balik rumah and pack barang , sebab malam kena bawa baby check in HPJ ( Will not forget what was happend sepanjang hari tu haha ).

Ok,sampai HPJ pergi semicritical zone ED,tolak Razeeq dlm stroller and semua Dr kerumun dia 😄 and bersoal jawab lah kenapa apa semua . Aku ni nak explain pon tak reti sangat tapi memang ada lah referral letter so tunjuk jelah .Penat sebenarnya tapi masatu macam please tak nak warded hahaha.Tapi sbb nak kena tunggu pakar on call sampai and masa tu Razeeq macam ada rapid breathing, Dr dekat ED request to allow them on oxygen dekat Razeeq and pasang branula (jarum kat tangan tu ).Drama begin , Razeeq jerit nangis kuat gila,aku pon nangis sekali.This was first time rasa macam I am failure , aku bukan ibu yang baik sebab anak aku sakit.If siapa lalui pengalaman anak sakit masa dia still baby akan rasa benda ni. 

Ok, lepas dr pakar sampai and check Razeeq yes confirm kena admit malam tu.So stay kat ED sekejap sebelum katil ready.Kesian Razeeq,rasa mcam kenapa lah dia kena lalui benda ni terlalu awal dalam hidup dia.After dah masuk ward tu ,on oxygen,on antibiotic.Alhamdulilah Razeeq bukan dalam kalangan yang worst case nak banding anak anak yang lain dalam ward tu. 

Condition dia stable , tak ada demam /batuk /selsema TAPI after 7 days on antibiotic, recession still ada 😟😟.Masa ni tak tahu nak fikir apa,Dr pakar bersilih ganti datang check on him and untuk hari terakhir sepatutnya on antibiotic tu Dr diagnose as a new rare case : 

FOCAL DIAPHRAGM EVENTRATION     * can click this link for more info

 

Aku pon blur apa benda lah,buat some research ohh ok tapi still tak faham lagi ,so dah boleh discharge for next day TAPI  masih ada follow up DAN kena refer juga ke Surgical HKL sbb HPJ tak ada pakar.

Bila dengar je Surgical,dalam hati fikir,sampai nak kena refer dekat Surgical ni nak kena operation ke Razeeq ni.Sumpah masa ni pon dalam hati ALLAH je tahu sayu nyer.Tapi nak tak nak kena redha , Sebab ? Kita tak tahu apa yang ALLAH dah plan untuk kita. 

So the next TCA,dekat HKL.Masatu Covid pula tengah high case.Rasa macam aduhai anak,kesian nya dekat dia .Kita yang bawa dia ni pun risau macam macam . Masa 1st TCA dekat Surgical HKL,Dr  sangat membantu.Tapi still kena buat 2nd xtray & another CT Scan untuk makesure betul ke tak.So memang betul ,Razeeq Aydan has been diagnose as one of person yang ada diaphgram eventration.Dr bagitahu , if worst case treatment dia dengan operation shj.Tapi Alhamdulilah so far Razeeq memang  tak ada lah sakit yang pelik pelik .Cuma di sebabkan dia masih belum fully discharged from HKL,jadi langkah berjaga - jaga tu masih ada.I mean kita masih ada follow up dengan HKL time to times. 

REDHA ? 

Kadang kadang orang sekeliling sangat perlu memainkan peranan dalam bagi moral support untuk parent yang survive dengan dugaan yang macam ni.You cant just jump into conclusion as YOU KNOW EVERYTHING.Macam this case , aku sabar je step by step untuk find out what was actually happend and how to handle, tapi to be honest ade je yang macam simply cakap ohh sebab itulah,sebab ini lah , sebab anak minum susu FM lah hm.Please,if there nothing good to say , you better shut up.Sebab kdg2 kita dah positive and redha sikit,but dugaan mulut mulut jahat ni ,yang buat benda jadi TOXIC .

Untuk all parent yang di uji , sama ada anak sakit sikit sikit , sakit long-term or any worst case , please be strong okay .Trust me,Allah uji sebab kita mampu.Insha-Allah akan ada yang baik baik sahaja untuk kita nanti.GWS to all little human , you guys are strong enough . The chosen one . 💖


Much Love ,

Anne